Secoret Kisah Mahasiswa UPSI

Secoret Kisah Mahasiswa UPSI
Kisahku bergelar MAHASISWA UPSI

Saturday 1 September 2012

Senang Sangat Jadi Cikgu... Kan??


Entry kali ini memaparkan seorang jurutera atau bahasa omputehnya 'engineer' menyatakan dengan keras bahawasanya kerja operator kilang lebih susah berbanding kerja seorang guru...

Tidak mengapalah jika dia mengatakan begitu.. setiap orang mempunyai pendapat sendiri bukan? Kebebasan Media pada masa ini membenarkan semua itu berlaku..

tanpa membuang masa lagi, jom kita baca pendapat engineer ni tentang betapa UNTUNGnya menjadi seorang guru...

__________________________________________________________________

Monday, November 28, 2011
Untung laa sape jadi cikgu
assalamualaikum

entry kali ini mungkin akan menyebabkan aku akan dicemuh masyarakat. tapi ini adalah pendapat peribadi aku dan aku rasa bukan setakat aku je rasa menda ni.

kerja as a cikgu. of course la dihormati.tapi bagi aku.. kalau cikgu tu betul-betul berkualiti barulah wajar dihormati.

"eh yana, kurang ajar la ang...dulu kalau ang tak sekolah, belum tentu ang boleh jadi engineer sekarang ang tau dak?"
-yup, memang kalau aku tak pergi sekolah dulu, takde cikgu yang mengajar semua..belum tentu aku jadi engineer sekarang tapi disini, apa yang aku nak tekankan adalah...

betapa beruntungnya menjadi seorang cikgu

1. gaji basic je dah almost 2K, tu pun paling sikit la kot, tak termasuk elaun-elaun tambahan lagi. seriously untung. kerja masuk pukul 7.30 pagi balik pukul 4.30 petang (tu pun paling lambat la tu) selalu pukul 2 je cikgu-cikgu dah balik. takde kerja dah nak buat.kalau nak di bandingkan dengan operator kilang yang kerja 8jam or 12 jam, 7pagi masuk, pukul 7 malam baru nak balik..gaji? basic 7ratus...plus overtime dapat la hampir 1.6K. untunglaa sapa jadi cikgu..oh, aku banding dengan operator ok..bukan dengan engineer mahupun manager...yang tu pergi gelap, balik pun bergelap jugak!

2. cuti berlambak+kerja half day. tu pun cikgu-cikgu ada annual leave lagi. kursus pulak dijalankan pada hari persekolahan. isk, untung ye jadi cikgu? dah la kerja setengah hari je. cuti banyak, gaji masyuk. cuti ujung tahun..gaji jalan..wahh..tu pun ade jugak la cikgu-cikgu yang memberontak bila timbalan menteri pelajaran, Datuk Wee Ka Siong bagi cadangan guru kerja 9jam..adoyai...cikgu-cikgu ni sebenarnya ikhlas ke tidak bekerja ni..."aip, ceyana, keihlasan seorang guru tak boleh dipertikaikan, kang cikgu tak halalkan ilmu yang dia bagi baru tahu!"
-aku nak bidas, kalau tak nak halalkan..nampak sangat dah mengajar tu tak ikhlas.

3. cikgu cikgi ni siap mengupdate blog, jual barang online, bukak bisnes sana sini, bukak butik and macam-macam lagi..and yang paling tak boleh blaaahhhhhhhhhhhhh...cikgu-cikgu bukak pusat tuisyen sendiri. ok, yang ini paling tak best bagi aku. ye la..kalau kat sekolah, kenapa tak nak bagi all out?kenapa hanya 5-10 orang student je yang dapat skor subjek yang kau bukak kelas tuisyen tu and kenapa untuk budak-budak tuition ekau, dorang boleh score (most budak tuition datang dari sekolah-sekolah yang berbeza kan?). dan selalunya secara keseluruhan, budak-budak tuition ni susah nak fail exam dowang, tapi student dalam sekolah..ada je yang fail..tambah-tambah subjek add maths?! adakah itu taktik pemasaran?sangat teruk kan cikgu-cikgu ni?
dulu masa aku student, mana nak realize sangat dengan semua ni.. minda seorang student hanya nampak cikgu je sebagai idol. "wah...terer gila cikgu ni selesaikan masalah add maths ni", wah...cikgu ni pandai la manipulate ayat", "cikgu ni pandai la selesaikan masalah fizik ni' blablabla...but, now bila aku dah kenal erti duit, dah kenal erti masa..baru aku sedar.."wah, untungnya jadi cikgu, kerja senang, gaji banyak, orang kagum, disegani".."soklan add maths ni lagi senang kalau kita guna kaedah ni, fizik ni lagi mudah kalau guna cara ni..sains ni fakta, maths ni banyak buat latihan, kau dah boleh paham. sejarah ni kau kena rajin membaca, bahasa melayu ni kau kena baca selalu..semua ni ada kat sekeliling kita. "

mungkin ramai cikgu-cikgu yang kata mana ada kerja kami senang?
"Malahan guru sudah menjadi ‘multi purpose’ kerana semua perkara guru terpaksa lakukan.

“Guru juga pemandu Ambulan jika pelajar sakit, menjadi polis trafik ketika pelajar keluar sekolah, pengawal disiplin, pegawai kewangan kalau ia guru kelas, menjadi kerani untuk masuk markah," kata ahli jawatankuasa PAS, Idris Ahmad dalam satu kenyataan media.   sumber

multi purpose? iye ke? kalau bab hantar murid ke hospital tu, aku rasa semua cikgu berlumba-lumba nak tolong menghantar..ye la, nanti dapat skip kelas, tak payah nak mengajar..manjadi polis trafik? setakat setengah jam selepas waktu persekolahan, takkan tu pun nak berkira and tak salah aku, banyak sekolah sekarang dah ada pak guard dan pak guard ni yang bekerja sebagai polis trafik.
pegawai kewangan?ehem-ehem..kalau duit kelas, ketua bendahari yang jaga..tu pun student sendiri, kalau nak kata duit yuran...yuran persekolahan dan yuran peperiksaan dah pun dimansuhkan..menjadi kerani untuk masukkan markah???aku sendiri as a student pernah buat kerja ni..cikgu suruh..so what?maknanya cikgu aku dulu?curi tulang?ermmm..ye la,,beliau curi tulang dan student still anggap cikgu mereka cikgu terbaik..padahal.......!@#$%^

banyak benda yang aku rasa cikgu ni snagat beruntung. so para cikgu sekalian, tolonglah bagi yang terbaik kepada anak bangsa ye..

aku sangat salute kalau cikgu tu menjadi seorang cikgu disebabkan oleh minat dia yang mendalam.dimana dia sedar akan tanggungjawab dia, mengajar sampai budak yang tak minat belajar jadi rajin dan pandai. budak yang bodoh jadi cerdik, budak yang asalnya keluarga miskin tapi berjaya tanggung keluarga, budak yang terbela nasibnya kerana cikgu fightkan biasiswa untuk pelajar tu, budak yang bermasalah menjadi seorang yang berdisiplin, budak yang lemah dibimbing menjadi perkasa, budak yang lembab dapat menguasai ilmu teknikal, budak yang hilang akhlak jadi manusia bertakwa. yes. yang ni betul seorang guru.

kepada guru-guru sekalian, please la..stop baca blog, stop main facebook, stop buat tuition kalau niat nak cari wang tambahan dan bukannya nak memajukan anak bangsa, stop la jual shawl, jual supplement bagai...jadilah cikgu yang terbaik...

isk, kalau nak complain pasal kerja cikgu pulak..aku rasa lagi panjang la entry ni..

__________________________________________________________________

Menarik bukan pendapat seorang engineer tentang betapa mudahnya menjadi seorang guru?? bukan susah pun jadi guru... dah la balik awal... boleh buka bisnes shawl lagi.. (engineer kilang kakak saya pun jual kuih raya kak ^^)

p/s: kak, klau tunjuk entry akak ni kat cikgu2 akak, pe agaknya kata diorang?? muke hepi jek ye jumpe akak?? siap blanje akak KFC kot... pastu snap pic, post dlm fb, tag muke akak then tulis kat situ "murid kesayanganku yang paling mengenang jasa".. hehe...

kredit: blogger Kisah Liyana

**kalau ingin tahu sebahagian daripada tugas guru yang senang sangat tu, klik SINI

-fin- Jika anda rasa entry ini berguna, sila tekan LIKE.. Terima Kasih..

Tugas Guru Yang Dianggap "Mudah" (mudah ke?)

Sejak akhir-akhir ini, ada pihak yang tidak berpuas hati dengan tugas guru yang dianggap mudah, senang, enteng dan pelbagai lagi... ingin tahu sebahagian daripada tugas guru?? jom baca...


TUGAS GURU - Bukan sekadar 7.30 pagi hingga 2.00 petang

1. Menulis rancangan mengajar.

2. Menanda kedatangan murid/pelajar.

3. Menanda buku kerja murid. (1 murid = 3 buah buku. 1 kelas = 45 orang murid. Jumlah buku bagi 1 kelas = 135 Buah buku. Seorang guru akan mengajar sekurang-kurangnya 5 kelas > 5 X 135 = 675 Buah buku.)

4. Menghadiri/ mengendalikan pelbagai jenis mesyuarat. (Mesyuarat JKK sekolah, Mesyuarat Guru, Mesyuarat Sukan, Mesyuarat Panitia - seorang guru mungkin ada 2 panitia, Mesyuarat PIBG, Mesyuarat Kelab Guru, Mesyuarat Kokurikulum , Mesyuarat Program lebih dari 6 program anjuran sekolah seperti Hari Guru, Maulidur Rasul, Maal Hijrah, Kemerdekaan, Bulan Bahasa, Hari Anugerah dan Kejohanan Sukan.)

5. Aktiviti kokurikulum. (Adakalanya seorang guru bertanggungjawab terhadap 2 unit. Perjumpaan unit uniform selalunya hadir Sabtu. Perjumpaan permainan lebih2 lagi untuk pertandingan. Perjumpaan persatuan / kelab dan Latihan rumah sukan pula setiap minggu.)

6. Menghadiri pelbagai jenis kursus dalaman / luaran.

7. Mengisi pelbagai jenis borang. (Borang keluar masuk & buku keluar masuk, Borang emis / hrmis/ label Buku Hadir Kursus / balik dari kursus Borang Fleksi PMR / SPM, Borang kehadiran murid ke kelas fleksi Buku Pemantauan / salah laku murid, Buku catatan relief guru, Buku tugasan mingguan, Laporan mingguan, Laporan keceriaan, Borang menghantar dan mengambil kertas peperiksaan selepas mengawas peperiksaan, Buku Kokurikulum murid, Borang permarkahan kokurikulum dll.)

8. Mengisi maklumat murid di dalam fail peribadi.

9. Mengisi markah ujian/ peperiksaan.

10. Mengisi data murid SMM.

11. Menangani masalah disiplin murid / pelajar.

12. Memasukkan data disiplin di dalam e-disiplin.

13. Menganjurkan program-program wajib (Hari terbuka dsb)

14. Menyiapkan program Head Counting.

15. Melaksanakan pelan tindakan PPD, JPN (seperti KIA2M, etc)

16 Menyiapkan file gerko, persatuan, kelab dan sebagainya.

17. Menghantar murid ke pertandingan atau kejohanan.

18. Mengendali masalah / kebajikan murid.

19. Menyediakan Bahan Bantu Mengajar (BBM)

20. Bekerja lebih masa. (menyiapkan pentas, backdrop, banner dsb)

21. Menyediakan kertas peperiksaan / ujian.

22. Menanda kertas peperiksaan / ujian. 1 subjek 2 paper – 2 2 x 45 = 90 90 x 5 = 450 kertas

23. Perkembangan staf.

24. Mengendalikan perhimpunan murid.

25. Mengadakan kelas tambahan, kelas intensif dan sebagainya.

26. Berniaga (jualan hari kantin, etc)

27. Menjaga kebajikan murid / ke rumah murid bermasalah.

28. Gotong-royong. Kadang2 guru perlu bawa semua alatan.

29. Menghantar murid ke Klinik.

30. Menceriakan bilik darjah selalunya duit poket sendiri.

31. Mengecat sekolah.

32. Membersihkan bilik / stor / bilik khas.

33. Melayani KERENAH Ibu Bapa / penjaga.



* Terdapat lagi tugasan sebagai seorang guru terutama tugas-tugas khas yang lain…tetapi cukuplah sekadar ini untuk nilaian kita bahawasanya tugas seorang guru amatlah berat. Walaupun kita sering menganggap cikgu cuti banyak dan sebagainya. Tetapi hakikatnya tugas seorang guru amatlah berat. Jarang sekali bagi pekerjaan lain membawa balik kerja-kerja pejabat ke rumah, berbanding guru yang terpaksa menanda buku dan menulis rancangan mengajar sehingga lewat malam. Sungguh besar pengorbanan mereka dalam mendidik anak bangsa kita.

SELAMAT BERJUANG SEMUA GURU-GURU HANYA ALLAH SAHAJA YANG DAPAT MEMBALASNYA….


Entry kali ini bukan bertujuan mengungkit jasa guru.. tapi sebagai tatapan mereka yang bukan bergelar guru namun memandang enteng tentang profesion ini.. tak kisahlah anda seorang ENGINEER mahupun OPERATOR kilang.. janganlah sesekali memandang rendah kepada mereka yang bergelar pendidik kerana disebabkan merekalah anda berada di atas bumi yang nyata sekarang ini..

p/s: try la mohon guru sandaran kalau nak rasa susah senang jadi guru ni.. itu pun jika anda sanggup lah... kan?? (hanya mampu tersenyum)

credit:  Suara Mahasiswa/i UPSI Jika anda rasa entry ini berguna, sila tekan LIKE.. Terima Kasih..